Jelmaan Wanita Maυt KemaIangan Menunggu Di Jalan Bachok, Kelantan – Pemandu & Pengurus Jenazah

Petang, tahun 2007, sehari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, saya mendapat arahan menghantar jɛnazah seorang wanita ke kampung halamannya di Bachok, Kelantan. Jɛnazah tersebut sedang diuruskan di Hospital Kota Tinggi.

Sebagai pemandu dan pengurus jɛnazah di Pejabat Agama Daerah Kota Tinggi, tanpa berlengah saya terus bergegas memandu van untuk mengambil jɛnazah tersebut.

Tiba di hospital, saya lihat jenaz4h sudah pun siap dimandi dan dikapankan. Hanya menunggu saya membawanya pulang ke Kelantan saja.

Ketika proses mengambil jɛnazah itu, saya ada berbual dengan beberapa orang rakan arw4h yang hadir. Baru saya tahu yang arw4h meningg4l dunia di Mersing selepas terlibat kem4langan kereta bersama suaminya. Waktu itu, mereka dalam perjalanan pulang untuk beraya di Kelantan.

Akibat kem4langan tersebut, arw4h meningg4l dunia serta-merta di tempat kejadian manakala suaminya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi. Saya dimaklumkan lagi, yang keluarga arw4h tak akan mengiringi saya membawa jɛnazah ke Kelantan kerana mereka semua berada di sana.

Keluarga arw4h hanya akan menunggu saya di balai polis kampung tersebut untuk menuntut jɛnazah. Mereka buat begitu supaya dapat jimatkan k0s dan masa, selain tak perlu turun ke Mersing.

Lebih kurang jam 6 petang, saya seorang diri mula memandu ke Kelantan. Sepanjang perjalanan, keadaan jalan agak sɛsak. Ramai anak jati Kelantan yang tinggal di Johor mahu pulang ke kampung masing-masing.

Alhamdulillah, walaupun jauh dan keadaan jalan agak sɛsak, saya selamat tiba di balai polis Bachok, lebih kurang pukul tiga pagi.

Ketika saya tiba, keluarga arw4h sudah menunggu di balai polis untuk melihat arw4h buat kali terakhir sebelum terus dibawa ke tanah perkµburan. Lebih kurang pukul 4.00 pagi, jɛnazah selamat disemadikan.

Selesai urusan pengɛbumian, saya mula memandu untuk pulang ke Kota Tinggi. Ketika inilah satu kejadian pelik berlaku.

Begini… lebih kurang dua kilometer saya memandu meninggalkan tanah perkµburan tersebut, tiba-tiba saya dikejutkan dengan kɛlibat seseorang sedang berdiri di bahu jalan sambil melambai-lambai tangan.

Tanpa berfikir panjang, kaki saya terus menekan brek dan van mula bergerak perlahan. Melalui lampu van yang terang menyuluh, saya terus memerhati.

Di tepi jalan itu berdiri seorang wanita, lengkap berbaju kurung. Tangannya melambai-lambai seolah-olah meminta saya berhenti.

Entah kenapa, walaupun di tempat asing dan pada waktu dinihari, tapi perasaan t4kut langsung tak ada. Saya fikir, mungkin wanita itu dalam kesµsahan dan perlukan bantuan. Kesian pula kalau saya tidak membantunya.

Tanpa teragak-agak, saya menekan brek dan van berhenti di sebelah wanita itu. Sebaik cermin tingkap van diturunkan, wanita tadi bersuara.

“Abang nak ke mana?” soalnya perlahan.

“Nak balik Kota Tinggi,” jawab saya.

“Boleh saya tumpang? Tak jauh, depan tu saja,” pinta wanita tadi mengharap.

Mengenangkan sudah lewat pagi, perjalanan pula masih jauh lagi, saya mengangguk sambil mempelawa wanita tadi masuk. Sekurang-kurangnya ada juga teman berbual, walaupun sekejap saja. Tidaklah mengantuk waktu memandu.

Wanita berbaju kurung itu terus masuk dan duduk di kerusi penumpang. Pedal minyak saya tekan dan van bergerak perlahan. Saya tak memandu laju kerana risau terlepas dari destinasi yang ingin dituju wanita tersebut.

Sambil memandu, sesekali saya menjeling ke arahnya. Hendak juga saya bertanya kepada wanita itu, kenapa dia berjalan seorang diri lewat pagi begini? Bukankah bahaya berjalan sendirian di dalam gelap.

Tapi lidah saya seperti kelu dan segala persoalan itu berlalu begitu saja. Entah berapa lama wanita itu menumpang, saya tak pasti. Tiba-tiba saja dia bersuara.

“Abang berhenti depan tu, ya,” pintanya.

Serentak itu kaki saya menekan brek dan van berhenti di bahu jalan. Waktu itu juga, saya memandang sekeliling mencari-cari rumah sekitar jalan tersebut.

Tapi sebuah pun tak kelihatan. Cahaya lampu dari rumah juga tidak ada. Saya mula berasa pɛlik, yang saya nampak hanyalah pokok-pokok getah di kiri dan kanan.

Pintu van dibuka dan wanita itu melangkah turun. Sebelum pintu van ditutup, wanita tadi memandang saya sambil berkata sesuatu. Dan kata-kata wanita itu membuatkan saya tergamam.

“Terima kasih abang sebab bawa saya dari Mersing dan hantar saya balik kampung,” ucapnya jelas di telinga saya.

Mendengar saja kata-katanya itu, saya tergamam. Bulu roma saya mula terp4cak dan meremang. Pada masa sama hanya dalam beberapa saat, wanita tadi terus ghaib. Saya cuba cari sekeliling van tapi kelibatnya langsung tak kelihatan.

Saat itu, saya terfikir tentang wanita tadi? Siapa dia? Bila masa pula saya tumpangkannya dari Mersing? Sejak dari Mersing tadi saya seorang diri dan jenazah perempuan…

Belum sempat saya habiskan kata-kata itu, baru saya tersedar.

“Eh, jɛnazah tadi perempuan. Tu saja yang aku bawa!” bisik hati saya.

“Eh, jɛnazah tadi perempuan. Tu saja yang aku bawa!” bisik hati saya.

Walaupun kejadian itu agak menyer4mkan tapi saya langsung tidak t4kut. Mungkin sebab tugas saya yang sering berdepan dengan m4yat, membuatkan perasan takµt hilang.

Pada masa sama, saya mula yakin, wanita yang saya tumpangkan tadi merupakan jelmaan kepada jɛnazah yang saya bawa. Sebabnya saya tak bawa sesiapa sejak dari sana.

Jenazah wanita yang saya bawa itu juga meningg4l dunia di Mersing. Lagi satu selepas turun dari van, dalam beberapa saat saja dia hilang. Kalau manusia mustahil boleh ghaib sepantas itu.

Sesampainya di Kita Tinggi, perkara itu saya ceritakan kepada beberapa orang ustaz untuk mendapatkan kepastian. Mendengar cerita saya, mereka semua sepakat mengatakan apa yang saya jumpa itu kemungkinan qarin wanita tersebut.

Saya diberitahu, maksud qarin dalam bahasa Arab ialah rakan atau teman. Qarin ini asalnya daripada golongan j1n yang mengiringi kelahiran seseorang sehingga ke akhir hayatnya.

Qarin juga ada yang baik dan jah4t. Apabila seseorang itu m4ti, rohnya akan ke alam barzakh manakala qarin akan terus hidup. Setiap daripada kita juga mempunyai qarin termasuk para rasul. Begitu juga Rasulullah SAW.

Malah, baginda pernah bersabda lebih kurang begini, “Tidaklah salah seorang daripada kamu (yang lahir ke dunia) melainkan dia telah dipertemukan dengan seorang kawan daripada j1n dan seorang kawannya daripada kalangan malaikat”. Sahabat bertanya: “Adakah engkau juga wahai Rasulullah?” baginda menjawab: “Dan aku pun. Akan tetapi Allah menolong aku daripada gangguannya, maka tidaklah ia mendorong aku, kecuali kepada kebaikan.”

Mungkin apa yang saya jumpa itu merupakan qarin baik wanita tersebut. Mungkin juga dia muncul dan mengucapkan terima kasih pada saya kerana impiannya tertunai. Walaupun sudah m4ti, hajatnya untuk pulang ke kampung halaman terlaksana.

#Gambar Sekadar Hiasan.

Sumber Khairul Arifin Bin Harun

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

 

Related Posts: